Pengurusan Guru

Guru Besar

Thursday 4 February 2016

Program Gotong Royong PERDANA - Membasmi AEDES



Program Gotong Royong PERDANA yang melibatkan ibu bapa murid SK Jambu Bongkok, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, JKKK Kg Jambu Bongkok serta wakil dari Belia Kampung Jambu Bongkok diadakan pada 28 Januari 2016 ( Khamis ).

Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan persekitaran SK Jambu Bongkok dan juga program ini dijalankan oleh semua sekolah di Negeri Terengganu. Disamping itu program ini bertujuan membasmi penularan wabak demam denggi yang melanda sekarang ini.

Selain dari aktiviti gotong royong, pameran dan ceramah tentang kesihatan juga dijalankan. Ceramah dan pameran ini mendapat kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang.

Terima kasih pihak warga SK Jambu Bongkok ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. TK

abrgbskjb16



Menebang pokok di persekitaran Pra Sekolah





 JK Minuman sibuk mengacau air





 Pengacara Majlis....Ustazah Mariani


 Khusyuk mendengar ceramah





 Bacaan doa oleh Ustaz Yusmar




 Ucapan aluan dari GPK Kokurikulum...Terima kasih Hj Din


 Ceramah kesihatan berkaitan Demam Denggi




 Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang


 Akhirnya.....naik atas lori


















 Anak-anak sedang menyapu sampah






No comments: